Sabtu, 05 Juni 2021

Sukarnya dan deritanya bila dijangkiti penyakit hasad...

 13 Syawal 1442H

25 Mei 2021M


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم




Al-Qurthubi rahimahullah (dalam kitab tafsirnya) mengatakan,


والحسد أول ذنب عصي الله به في السماء ، وأول ذنب عصي به في الأرض ، فحسد إبليس آدم ، وحسد قابيل هابيل .


 “Hasad (dengki) adalah dosa yang pertama kali dilakukan di langit dan di bumi. Di langit adalah dengkinya Iblis kepada Nabi Adam ‘alaihi salam dan di bumi adalah dengkinya Qabil kepada Habil.”

(Tafsir surah Al Falaq)


Hasad atau dengki artinya membenci datangnya nikmat Allah kepada orang lain. Jadi, hasad bukan hanya sekadar mengharapkan hilangnya nikmat Allah dari orang lain. Bahkan, ia membuahkan rasa tidak senang hati seseorang terhadap nikmat yang Allah berikan kepada seorang yang lain, samaada ia mengharap hilangnya nikmat itu atau tetap ada, tetapi ia membenci keadaan  itu.


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu beliau berkata, 


الحسد كراهة ما أنعم الله به على الغير .


“Hasad adalah kebencian seseorang terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada orang lain.”

(Kitaabul ‘Ilmi)

 

Kebanyakan manusia tidak selamat dari hasad. Hampir seluruh manusia pernah dijangkiti hasad. 


Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, 


الحسد مرض من أمراض النفس ، وهو مرض غالب ،فلا يخلص منه إلا قليل من الناس ولهذا قيل : ما خــلا جسد من حسد ،لكن اللئيم يبديه والكريم يخفيه


“Maksudnya iaitu bahwasanya hasad adalah penyakit jiwa, dan ia adalah penyakit yang menguasai, tidak ada yang selamat darinya kecuali hanya segelintir orang. Karenanya dikatakan, “Tidak ada jasad yang selamat dari hasad, akan tetapi orang yang tercela menampakkannya dan orang yang mulia menyembunyikannya.”

(Majmuu’ Al Fatawaa)


وَقد قيل لِلْحسنِ الْبَصْرِيِّ: أيحسد الْمُؤمن فَقَالَ مَا أنساك إخوة يُوسُف لا أَبَا لَك وَلَكِنْ عَمِّه فِي صدرك فَإِنَّهُ لَا يَضرُّك مَا لم تَعْدُ بِهِ يدًا وَلِسَانًا، فَمن وجد فِي نَفسه حسدا لغيره فَعَلَيهِ أَن يسْتَعْمل مَعَه التَّقْوَى وَالصَّبْر فَيكْرَهَ ذَلِك من نَفسه، 


Pernah ditanyakan kepada Al Hasan Al Bashri : “Apakah seorang mukmin itu ada hasad (dengki)?” Beliau pun menjawab : “Tidakkah engkau ingat bagaimana kisah saudara saudaranya Yusuf?, Tidak akan dapat dihindari (oleh seorang mukmin sekalipun)?. Namun sembunyikanlah hasad itu dalam dadamu. Selama hasad itu tidak dilampiaskan , (dengan tangan dan lidah) maka penyakit itu tidak akan membahayakanmu. Barangsiapa yang mendapati pada dirinya penyakit hasad terhadap orang lain, maka hadapilah dengan taqwa dan kesabaran. Hendaklah ia membenci sifat hasad tersebut pada dirinya.

(Amrodhul qalb wa syifauha, Ibnu Taimiyah)


Penyakit ini sering berlaku di antara sesama teman dan sahabat, seperjuangan, atau yang sama darjat. Tidak hairan ahli agama hasad terhadap ahli agama, peniaga hasad kepada peniaga, pendakwah hasad kepada pendakwah yang lain. Jarang dijumpai hasad berlaku kepada  orang yang berbeza kedudukan dan darjatnya, seperti orang jahil  hasad kepada tok guru atau peniaga hasad kepada ustaz, meskipun tidak menafikan kemungkinan terjadinya.


Ibnu Rajab Al Hanbali berkata, 


الحسد مركوز في طباع البشر، وهو أن الإنسان يكره أن يفوقه أحد من جنسه في شيء من الفضائل، 


“Hasad tertanam dalam tabi’at manusia, iaitu manusia akan membenci jika ada seorangpun -yang sejenis( sedarjat) dengannya (sesama manusia)- yang mengunggulinya dalam suatu keutamaan.”

(Jaami’ul ‘Uluum wal Hikam)


وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّـهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُوا ۖ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ وَاسْأَلُوا اللَّـهَ مِن فَضْلِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا 


“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

(An-Nisa: 32)

 

Orang yang hasad selalu dalam Al Hamm ( الهم )  iaitu kesusahan atau resah memikirkan sesuatu yang belum terjadi, dan Al Hazn ( الحزن ) iaitu kesusahan memikirkan sesuatu yang sudah terjadi. Maka orang yang hasad akan dijangkiti penyakit  tidak bahagia dalam hatinya. Padahal kebahagiaan lah yang dicari oleh setiap orang. Dia memikirkan masa depan orang lain, memikirkan nikmat Allah yang diberikan kepada orang lain. Dan hatinya sakit dengan bencana yang ternyata tidak berlaku kepada orang lain. Dan kebahagiaan tidak akan datang padanya hingga penyakit hasad tersebut hilang dari dirinya.


Namun ada juga hasad yang harus dan dianjurkan.


Imam An Nawawi rahimahullah mengatakan di dalam kitabnya Syarh Muslim, para ulama mengatakan: 

“Hasad terbahagi kepada dua, iaitu hasad haqiqi dan majazi. Hasad haqiqi iaitu mengangankan hilangnya nikmat dari yang punya nikmat, dan ini haram berdasarkan kesepakatan para ulama dengan nas-nas yang sahih. Adapun Hasad majazi (ini disebut juga ghibthah, غبطة ) iaitu berangan mendapatkan nikmat semisal yang didapatkan orang lain tanpa hilangnya nikmat itu darinya. Jika dalam perkara dunia, maka boleh. Jika berkenaan dengan ketaatan maka dianjurkan.


لاَحَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسَلَّطَهُ عّلّى هَلَكَتِهِ فِى الْحَقِّ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِى بِهَا وَيُعَلِّمُهَا


Tidak ada hasad kecuali kepada dua orang,yang pertama; kepada seseorang yang telah diberi harta kekayaan oleh Allah dan ia habiskan dijalan yang benar, yang kedua; kepada seseorang yang telah diberi hikmah (ilmu) oleh Allah dan ia memutuskan perkara dengannya serta mengajarkannya.

(Muttafaqun alaih)


Ibnu Sirin rahimahullah berkata: 


ما حسدت أحدًا على شيء من أمر الدنيا؛ لأنَّه إن كان من أهل الجنة، فكيف أحسده على الدنيا، وهي حقيرة في الجنة؟! وإن كان من أهل النار، فكيف أحسده على أمر الدنيا، وهو يصير إلى النار؟

(نُقل من إحياء علوم الدين للغزلي )


“Aku tidak pernah hasad kepada seorang pun dalam masalah dunia, karena jika dia termasuk ahli syurga, maka bagaimana aku hasad kepadanya dalam masalah dunia, padahal dia akan masuk syurga? Dan jika dia termasuk ahli neraka, maka bagaimana aku hasad kepadanya dalam hal dunia, sedangkan dia akan masuk neraka?.”


Justeru, imbaslah hatimu wahai saudara ku jangan sampai dijangkiti...


~ Abu Imtiyaz ~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar