Selasa, 15 Juni 2021

Dunia

 19 Syawal 1442H

31 Mei 2021M


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم


Hati bila tidak disibukkan dengan mengingati Allah dan Hari Akhirat, ia akan bersibuk bahkan tertipu dengan kehidupan dunia...


وَقِيۡلَ الۡيَوۡمَ نَنۡسٰٮكُمۡ كَمَا نَسِيۡتُمۡ لِقَآءَ يَوۡمِكُمۡ هٰذَا وَمَاۡوٰٮكُمُ النَّارُ وَمَا لَـكُمۡ مِّنۡ نّٰصِرِيۡنَ‏.

ذٰلِكُمۡ بِاَنَّكُمُ اتَّخَذۡتُمۡ اٰيٰتِ اللّٰهِ هُزُوًا وَّغَرَّتۡكُمُ الۡحَيٰوةُ الدُّنۡيَا‌ ۚ فَالۡيَوۡمَ لَا يُخۡرَجُوۡنَ مِنۡهَا وَلَا هُمۡ يُسۡتَعۡتَبُوۡنَ‏


Dan dikatakan (kepada mereka): "Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini; dan tempat kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.(34)

"(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia". Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya).(35)

(Al Jatsiyyah: 34-35)


 اِعۡلَمُوۡۤا اَنَّمَا الۡحَيٰوةُ الدُّنۡيَا لَعِبٌ وَّلَهۡوٌ وَّزِيۡنَةٌ وَّتَفَاخُرٌۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٌ فِى الۡاَمۡوَالِ وَالۡاَوۡلَادِ‌ؕ كَمَثَلِ غَيۡثٍ اَعۡجَبَ الۡكُفَّارَ نَبَاتُهٗ ثُمَّ يَهِيۡجُ فَتَرٰٮهُ مُصۡفَرًّا ثُمَّ يَكُوۡنُ حُطٰمًا‌ؕ وَفِى الۡاٰخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيۡدٌ ۙ وَّمَغۡفِرَةٌ مِّنَ اللّٰهِ وَرِضۡوَانٌ‌ؕ وَمَا الۡحَيٰوةُ الدُّنۡيَاۤ اِلَّا مَتَاعُ الۡغُرُوۡرِ‏ 


Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Al Hadid: 20)


‎قَالَ سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ: مَتَاعُ الْغُرُورِ لِمَنْ يَشْتَغِلُ فِيهَا بِطَلَبِ الْآخِرَةِ، وَمَنِ اشْتَغَلَ بِطَلَبِهَا فَلَهُ مَتَاعُ بِلَاغٍ إِلَى مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْهُ.


Sa'id bin Jubair berkata : “Dunia yang dikatakan sebagai kesenangan yang menipu adalah yang membuatmu lalai dari mencari akhirat. Adapun yang bersibuk dengan menuntut akhirat maka baginya kesenangan yang menyampaikan kepada apa yang lebih baik daripadanya.”


Ciri-ciri dunia yang menipu:


 (a) Permainan ( ٌلٓعِب )

 (b) Sesuatu yang melalaikan/senda gurau ( ٌلٓهْو )

 (c). Perhiasan ( ٌزِينٓة ).

 Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Maknanya adalah bahwasanya orang kafir sibuk sepanjang hidupnya untuk mencari perhiasan dunia tanpa beramal untuk akhirat.” 

(d) Saling berbangga ( ٌتٓفَاخُر )

(e) Berbangga-bangga tentang harta dan anak ( ٌتٓكٓاثُر )


Oleh itu, bukalah mata hatimu untuk mengenali hakikat kehidupan sebenarnya...


Bila harapan dan angan-angan sudah tidak ada faedahnya lagi...


يٰلَيۡتَنِىۡ كُنۡتُ تُرٰبًا 


"Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

(An Naba': 40)


 يٰلَيۡتَنِىۡ قَدَّمۡتُ لِحَـيَاتِى‌ۚ‏ 


"Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"

(Al Fajr: 24)


يٰلَيۡتَنِىۡ لَمۡ اُوۡتَ كِتٰبِيَهۡ‌ۚ


"Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku.

(Al Haqqah: 25)


يٰلَيۡتَنِى اتَّخَذۡتُ مَعَ الرَّسُوۡلِ سَبِيۡلً


"Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul".

(Al Furqan: 27)


يٰوَيۡلَتٰى لَيۡتَنِىۡ لَمۡ اَتَّخِذۡ فُلَانًا خَلِيۡلًا‏ 


"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!

(Al Furqan: 28)


 يٰلَيۡتَـنَاۤ اَطَعۡنَا اللّٰهَ وَاَطَعۡنَا الرَّسُوۡلَا‏ 


"Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

(Al Ahzab: 66)


يّٰلَيۡتَنِىۡ كُنۡتُ مَعَهُمۡ فَاَ فُوۡزَ فَوۡزًا عَظِيۡمًا


"Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar?"

(An Nisa': 73)


Kesemuanya itu adalah harapan dan angan-angan mereka yang telah mati menemui Tuhan, yang dirakam dan diputarkan kembali di dalam Al Quran agar manusia mengambil pengiktibaran. Harapan dan angan-angan yang manusia mampu mencapainya dengan amalannya ketika ia masih hidup bernyawa.


Namun, harapan dan angan-angan itu hanya mampu dicapai sebelum datang saat kematian. Bila kematian telah, ianya hanyalah menjadi keluhan penyesalan yang suadah tidak ada faedah dan manfaat untuknya.


اللهم اَيقِظْ قُلوبَنا من الغَفلة يارب العالمين. 


"Ya Allah, sedarkanlah hati kami daripada ghaflah kelalaian, wahai Tuhan Penguasa Sekelian Alam."


Justeru, selama mana masih bernyawa, usahakanlah ia, agar penyesalan tidak muncul di saat kematian datang menjemput...


~ Abu Imtiyaz ~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar