Rabu, 15 September 2021

Rahsia Khusyuk Menurut Imam aI-Ghazali rahimahullah.

 Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan rasa khusyuk dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan: 


Pertama: Hudhur aI-Qalbi (حضور القلب); 

menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang daripada hati segala yang tidak berkaitan dengan solat kita. 


Kedua: At-Tafahhum (التفهم);

berusaha memahami segala perkara yang dilakukan dalam solat sama ada perbuatan atau bacaan yang diucapkan. 


Ketiga: At-Ta'zhim (التعظيم)؛

merasai kebesaran Allah SWT iaitu dengan merasakan bahawa diri terlalu kerdil di hadapan Allah. 


Keempat: AI-Haibah (الهيبة)؛

 berasa gerun terhadap keagungan Allah SWT dan seksaan-Nya. 


Kelima: Ar-Raja' (الرجاء); 

sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah SWT mudah-mudahan solat yang dikenakan akan diterima dan diganjari oleh Allah SWT.


Keenam: Al-Haya' (الحياء);

berasa malu terhadap Allah SWT di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat dalam solat. 


(Kitab Ihya 'Ulumuddin dalam Bab Rahsia Solat dan Kepentingannya)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar