Assalamualaikum wr wb.
๐น.
============================
Kita semua mengetahui bahawa iblis itu adalah musuh yang nyata. Namun sebenarnya iblis itu tidak sama sekali berkuasa untuk menyesatkan manusia "Kecuali dengan izin-NYA".
Namun awasilah Nafsumu, kerana Nafsu itu datang dari dirimu sendiri. Siapakah yang dimaksudkan dengan diri sendiri?
Diri sendiri itu adalah Roh kepada kita ini.
Berkata ulama lagenda tersohor, Hujatul islam "Imam Al-Ghazali";
ROH, NAFSU, JIWA dan AKAL itu satu jua adanya.
Pada hakikatnya adalah Roh, namun apabila Roh didalam keadaan tenang JIWA namanya,
apabila Roh didalam keadaan berfikir maka AKAL namanya,
apabila Roh didalam keadaan berkeinginan sesuatu maka NAFSU namanya.
Jadi yang berbuat kebaikan dan juga keburukan itu adalah Nafsu atau Roh.
Siapa pula Roh?
Roh itu adalah diri sebenar diri yang merupakan rahasia keTuhanan, dan juga merupakan sifat kepada Wajibul Wujud. Sifat dan Zat itu tidak berpisah atau terpisah. Umpama pelita dengan cahaya, umpama garam dengan masinnya, umpama gula dengan manisnya.
Berkehendak Jasad disebabkan berkehendaknya Roh, berkehendaknya Roh disebabkan berkehendaknya Allah swt.
Didalam surah As-saffat (96) Allah swt berfirman yang bermaksud;
"Allah mencipta kamu dan apa-apa kamu perbuat"
Didalam satu peperangan (Perang badar) dimana nabi telah melepaskan beratus-ratus anak panah, maka pada masa itu turunlah ayat surah An-Anfaal (17) yang bermaksud;
"Tidaklah engkau memanah wahai Muhammad tetapi Allah yang memanah"
Kesimpulannya;
Pada zahirnya iblis lah yang empunya angkara, tetapi pada hakikatnya kehendak Allah swt yang berlaku.
(Barang sesiapa yang memandang adanya wujud makhluk atau wujud iblis yang mampu berbuat Kudrat(Kuasa) melakukan sesuatu selain Allah swt, maka tidaklah ia sampai kepada Allah swt atau terhijab kepada Allah swt. Namun haruslah mencapai kesempurnaan Akhlak).
Semoga manfaat.
berikut Tentang penjelasan Tauhidul Af'al✍️